Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Video Dimuat Naik Cetus Tanda Tanya, Peminat Terkejut Fasha Sandha Tidak Bertudung

today26 October 2020

Background

Selamat melahirkan anak perempuannya pada Ogos lalu, pelakon Fasha Sandha menjadi perbualan ramai sehingga jumlahΒ β€˜followersβ€˜ Fasha naik mendadak sehingga 5 juta pada hari kelahiran anak perempuannya itu!

Terkini, Fasha sekali lagi menarik perhatian pengikutnya apabila ada yang mempersoalkan pelakon itu tidak lagi mengenakan tudung di dalam video yang di muat naik di laman sosial Instagramnya baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

?

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Sejak Ramadan lalu, Fasha dilihat mengenakan hijab dan sering memuat naik gambar bertudung, itu sekaligusΒ  membuatkan pengikutnyaΒ mungkin berfikir dia sudah berhijrah. Disebabkan itu, ruangan komen Fasha dibanjiri dengan soalan-soalan “mana tudung?”.

Meninjau ke ruangan komen,Β ada seorang pengikutnya mengatakan bahawa Fasha tidak pernah umumkan dia sudah bertudung dan berpendapat pelakon itu berhijab bagi menghormati keluarga mentuanya.

β€œSetahu saya Fasha Sandha tak pernah cakap pun dia bertudung, pada pandangan saya Fasha hanya menghormati keluarga mentua dia sahaja. Saya berharap Fasha akan bertudung. Betul tak pendapat saya Fasha?” tulis seorang peminat.

Tampil memberi penjelasan, Fasha bersetuju dengan kata-kata pengikutnya itu dan menegaskan bahawa dia tidak pernah menyatakan kepada umum bahawa dia sudah berhijab sepenuhnya.

β€œBetul komen dan pendapat adik itu, saya tak pernah cakap dah berhijab sepenuhnya, sama juga macam ada juga beberapa selebriti yang belajar berhijab di bulan Ramadan begitu juga saya.

Malah Fasha sekarang ini dalam fasa masih belajar untuk menutup aurat dan hal itu dilakukan bukan kerana mahu memenuhi kehendak netizen atau pengikutnya tetapi diri sendiri.

β€œPerlahan-lahan belajar, bukan untuk memenuhi kehendak netizen mahupun trend tapi kerana diri sendiri. Saya belajar. Alhamdulillah ada orang bijak komen tentang isu ini. Terima kasih dik sebab doakan kakak yang baik-baik,” tulisnya.

Dalam pada itu, ramai peminat turut mendoakan Fasha dan berharap netizen di luar sana tidak menghukum sebaliknya mendoakan yang baik-baik.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *