Si cilik popular, siapa sahaja yang tidak mengenali dirinya, di mana dari bayi sehingga kini berusia 6 tahun sentiasa menjadi perhatian ramai terutamanya buat peminat anak selebriti.
Pejam celik pejam celik, anak kepada pasangan selebriti terkenal Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar kini telah memasuki alam persekolahan!
Bagi yang mengikuti perkembangan si cilik ini pasti turut terkesan melihat perkembangan Yusuf yang kini sudah dewasa dan pandai menyikat rambut sendiri.
Berkongsi keterujaan hari pertama sekolah di laman Instagram milik Yusuf, dengan kapsyen :
“This is Yusuf’s first day of online school.
He had so much fun. Thank you teachers and new friends!”
View this post on Instagram
Wahhh nampaknya Yusuf hanya belajar secara online di rumahnya bersama-sama dengan rakan-rakan baharu dan cikgu!
Walaupun tidak dapat ke sekolah dan belajar secara maya bersama kawan-kawan, Yusuf dilihat tetap bersemangat, siap berjoget lagi.
Dalam pada itu, ramai juga yang memuji cara Hanis mendekorasi ruang belajar Yusuf yang dilihat sangat selesa dan cantik!
Malah, Yusuf turut menerima pujian dari pengikutnya kerana sangat rajin belajar dan berkelakuan baik.
Sejuk hati ibu mengandung, kan Hanis?
Sumber : Instagram Yusuf Iskandar
Post comments (0)