Negara kita pernah dikejutkan dengan berita kebakaran besar yang berlaku di kediaman usahawan terkenal iaitu Dato’ Seri Vida (DSV) di Meru Hill, Ipoh pada tahun 2013 sehingga meragut nyawa dua anaknya iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie.

Namun ketika sebutan kes di Mahkamah Syariah Kelantan pada 4 Disember lepas, bekas suami DSV iaitu Mohd. Amin Yasin mengakui bahawa beliau tidak tahu punca kematian anaknya itu.
“Saya akan buka balik tentang punca kematian dan harta sepencarian arwah anak daripada awal sampai akhir. Saya nak tahu dia mati sebab apa, anak pun saya tak dapat tengok waktu mati.”
Dalam masa yang sama, ketika ditemui oleh pihak wartawan, DSV sendiri mengakui bahawa beliau tidak pernah menghalang mereka berdua untuk menghubungi bapa mereka.
View this post on Instagram
Tetapi bagi Kacak, dia memerlukan sedikit masa untuk menghubungi bapanya kerana masih rasa takut apabila teringat kembali kisah silam keluarga mereka.
Mungkin ada yang terjadi sehingga membuatkan Kacak fobia untuk terus berjumpa dengan bapanya itu.

Semoga Cik B dan Kacak terus kuat untuk melalui kehidupan selepas ini!
Baca juga artikel sebelum ini:
“Doakan Saya” Balik Kelantan Selesaikan Kes Tuntutan, Netizen Beri Kata Semangat Pada DSV
Sumber foto: Instagram DSV
Post comments (0)