Selepas persembahannya dikecam hebat oleh warganet, kini peserta Vokal Mania iaitu Aufahanie memberi kenyataan tentang perkara tersebut.
Menurut penyanyi muda berusia 17 tahun ini, dia akui bahawa tidak dapat mengatasi kegugupan ketika berada di atas pentas.

Dalam masa yang sama, dia turut memberitahu kepada sebuah portal hiburan tempatan bahawa berlaku masalah teknikal yang mana ketika itu dia sedang memakai alat bantuan pendengaran dan secara tiba-tiba suaranya menjadi tenggelam.
Baginya, pengalaman pertama kali membuat persembahan di atas pentas besar seperti itu membuatkan dia gerasa gementar dan sukar untuk mengawal diri.

Disebabkan itu, Aufa telah membuat permohonan maaf di laman Twitter miliknya dan mengakui kesilapan besar yang dilakukan olehnya.
Thank you everyone, Aufa minta maaf dan Aufa akui persembahan itu sangat teruk sebab terlalu nervous dan takut. Aufa janji akan jadi lebih baik dan belajar betulkan mana yang kurang.

Selepas tamat persembahan, Aufa memberitahu bahawa dia sempat berjumpa dengan penyanyi Aina Abdul dan Indah Ruhaila bagi mendapatkan nasihat.
Nasihat yang diberikan oleh kedua-dua penyanyi berpengalaman itu ialah berharap supaya Aufa dapat menghadiri kelas vokal serta belajar untuk mengawal perasaan gemuruh dalam diri.
Mungkin selepas lakukan banyak latihan, Aufa pasti akan dapat menjadi penyanyi yang berbakat seperti yang lain!
Post comments (0)