Wanita yang berpurdah serta berniqab dinasihatkan tetap memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 22 Oktober 2020.
Menerusi ciapan itu juga, KKM menjelaskan bahawa pemakaian purdah satu lapisan tidak mencukupi untuk melindungi individu terbabit daripada dijangkiti.
Justeru, KKM mencadangkan individu memakai purdah atau niqab untuk memakai pelitup muka perubatan atau fabrik tiga lapisan di sebalik purdah yang dipakai.
Sumber daripada: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia
Post comments (0)