Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Doktor Ini Jelaskan Realiti Kenapa Ada Ibu Yang Tak Mampu Untuk Menyusu Badan Kepada Bayi Mereka

today23 October 2020

Background

Beberapa hari kebelakangan ini, isu wanita yang tidak memberi susu badan kepada anak mereka di
persoalkan segelintir pihak di laman Twitter.

Hal ini memerlukan pengetahuan dan kefahaman yang jelas kenapa ia berlaku.

Pada 22 Oktober, seorang doktor wanita melaui akaun Twitter @aensaari tampil menjelaskan situasi
sebenar yang menjadi antara penyebab ibu-ibu tidak mengamalkan breastfeeding.

https://twitter.com/aensaari/status/1319080978053099521

Dalam perkongsian itu, beliau mengakui sentuhan kulit ke kulit perlu di lakukan seawal bayi
dilahirkan.

Namun, setiap kelahiran adalah berbeza yang mana ada kelahiran yang normal, ada pula keadaan di mana bayi terpaksa mendapat pemantauan rapi di NICU.

Beliau turut berkongsi pengalamannya sendiri ketika proses melahirkan sebelum ini.

Beliau turut memberitahu kesulitan dirinya untuk mengeluarkan susu badan.

Doktor itu menjelaskan lagi bahawa ada ibu yang melahirkan, tetapi tidak mengeluarkan susu badan. 

Oleh itu, situasi ini juga adalah sukar untuk ibu tersebut dan juga bayi. Maka pilihan yang ada adalah memberi susu formula untuk bayi mereka.

Selain itu, faktor stress juga menjadi punca perkara ini berlaku. Hormon ibu yang baru melahirkan adalah tidak stabil dan mengganggu sistem badan.

Beliau menasihatkan netizen untuk lebih ambil tahu dan faham tentang sesuatu perkara. Katanya, setiap orang tidak melalui proses yang sama dan menyeru untuk saling menyokong para ibu.

Dr Aen juga sempat berkongsi sebab lain yang boleh menjadi punca susu badan tidak keluar.

Rata-rata netizen bersetuju dan memahami pencerahan yang disampaikan doktor tersebut. Rupa-rupanya ibu yang melahirkan tak semestinya berupaya untuk breastfeeding.

Terima kasih doktor atas perkongsian yang meningkatkan lagi kefahaman netizen!

#BREASTFEEDING #MENYUSUBADAN

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *