Pelakon dan pengacara terkenal, Nurul Jannah binti Muner ataupun lebih mesra dipanggil Janna Nick baru-baru ini telah menggamatkan media sosial apabila memuat naik satu video gelagat beliau mengusik pelakon, Afifah Nasir di set penggambaran Drama Melastik Ke Hatimu yang bakal ditayangkan di TV3.
View this post on Instagram
Menulis di ruangan kapsyen :
“Sorry pipahhh @afifahnasir93
GENGSTER KILANG MALAM NI 9malam @tv3malaysia #melastikkehatimu
@dramasangat”
Aksi spontan Janna ‘menendang’ kerusi berkenaan nampaknya membuatkan Afifah terkejut beruk dengan tindakannya itu.
Melihat di ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat Janna turut ketawa melihat gelagat mereka berdua!

Malah, Afifah Nasir juga dilihat sangat sporting dan meninggalkan komen lucu di laman Instagram Janna :

Aduhai ada sahaja lah akai Janna ni.
Anyways, jangan lupa saksikan Drama Melastik Ke Hatimu yang akan ditayangkan pada 21 Januari 2021, lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee di TV3 okay!

Sumber : Instagram Janna Nick
Baca artikel berkaitan : Video Didukung Kekasih Dikritik Netizen, Janna Nick Turut Beri Hint Dedah Tarikh ‘Istimewa’
Post comments (0)