Semenjak Perintan Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negeri kecuali Sarawak, perkara ini membuatkan ramai penduduk Malaysia sekali lagi terkesan dengan apa yang terjadi.
Dalam masa yang sama, pihak kerajaan telah memberi kelonggaran untuk hanya membenarkan dua orang dari isi rumah yang sama keluar di dalam satu kenderaan yang sama untuk membeli barangan kelengkapan rumah.
Namun, ada juga segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan atas kelonggaran yang diberikan sehingga mengetepikan standard prosedur operasi (SOP) yang telah ditetapkan.
Terdapat satu video TikTok tular di laman Twitter menunjukkan dua orang remaja perempuan dan lelaki sedang asyik menari di dalam pasaraya tanpa memakai pelitup muka.
Haa buat la buat.. https://t.co/cplPSGrBnY
— Econsave (@econsavemy) January 22, 2021
Video tersebut telah mendapat perhatian daripada akaun Twitter pasaraya Econsave sendiri dan mereka sendiri akui tidak bersetuju dengan video berkenaan.
“Budak2 ni dah la tak pakai mask, tangan sanitize ke tak, SRP amek tak, kau sekolah tak….”
Beberapa warganet turut tidak bersetuju dengan kelakukan yang ditunjukkan oleh kedua-dua individu berkenaan serta menganggap perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku ketika saat genting begini.
Mungkin perkara itu dipandang remeh bagi sesetengah masyarakat kerana ia dianggap sebagai gurauan, namun perkara ‘kecil’ seperti itu boleh mengundang bahaya kepada sesetengah pihak.
Diharapkan selepas ini tidak akan berlaku lagi perkara seperti demikian, terus duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.
Sentiasa pakai pelitup muka sekiranya anda berada di kawasan umum.
Sumber foto dan video: Twitter
Post comments (0)