“I’m not pregnant”
Demikian kata-kata personaliti media sosial dan juga adik kepada Neelofa, iaitu Ameera Khan apabila dirinya dituduh mengandung disebabkan fotonya yang dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini.
https://www.instagram.com/p/CGekjvpg5Ch/?utm_source=ig_embed
Aduhai netizen, ada sahaja yang menjadi persoalan mereka. Al-kisahnya, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan di laman sosial Instagram miliknya, memuat naik foto dirinya memakai gaun berwarna kuning daun pisang untuk mempromosikan pakaian yang dipakainya.
Akan tetapi timbul pula dakwaan mengatakan dirinya mengandung dan ruangan komen Ameera dibanjiri dengan komen ‘baby bump’.
Tampil menepis dakwaan dirinya mengandung, Ameera menulis di ruangan komen tersebut secara umum, memberitahu bahawa dirinya tidak hamil.
Meninjau ke ruangan komen di foto itu, ada juga yang menegaskan bahawa ‘baby bump’ itu adalah perkara normal yang kaum wanita hadapi dan perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu.
Alahai chill lah guys, perut buncit itu normal. Ameera pula seorang yang rajin work out, mungkin itu adalah refleksi daripada bajunya.
Terdahulu, Ameera pernah menghilangkan diri dari media sosial selama 8 bulan dan timbul khabar angin mengatakan Ameera telah berkahwin tanpa pengetahuan sesiapa.
Bagaimanapun Ameera tidak memberi sebarang komen mengenai perkara itu.
Post comments (0)