Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Siap Ada Roundabout Shah Alam!” Pemuda Kongsi Keunikan Rumah Neneknya, Buat Netizen Kagum

today30 September 2020

Background

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter bernama @_dstryr telah berkongsi tentang keunikan rumah neneknya yang terletak di Batu Kurau, Perak. 

Menurutnya, rumah neneknya pernah menjadi lokasi penggambaran filem seperti Balada yang pernah dilakonkan oleh M.Nasir, Warkah Terakhir yang pernah dilakonkan Beto Kusyairi dan beberapa filem tanah air yang lain.

Sumber gambar: twitter.com/_dstryr

Apa yang menarik tentang rumah ini adalah ia kelihatan tenang dengan suasana kampung.

Sumber gambar: twitter.com/_dstryr

Rumah ini juga dikatakan mempunyai ‘roundabout Shah Alam’ dek kerana laman rumah itu mempunyai bulatan yang menarik.

Sumber gambar: twitter.com/_dstryr

Di samping itu, ada juga beberapa pengguna yang memasang impian untuk mempunyai rumah persis seperti  rumah nenek @_dstryr ketika mereka sudah bersara satu hari nanti.

Written by: Zulaikha Zaherman

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *