Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wanita Hamil Terima Kejutan Masakan Khairul Aming, Tiba-Tiba Ramai Pula Yang Mengandung Juga

today8 December 2020

Background

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang individu di Twitter yang memuat naik ciapan mengenai isterinya yang mengidam masakan YouTuber terkenal iaitu Khairul Aming.

Menurut ciapan yang di muat naik oleh saudara @ashrafahmas, dia pernah mencuba mengikut resipi Khairul, akan tetapi tidak sama dengan hasil tangan beliau dan memohon YouTuber berkenaan untuk membantu dirinya memenuhi keinginan ibu mengandung itu.

Terpanggil untuk membantu, Khairul membalas ciapan itu dengan bertanyakan tempat tinggal lelaki berkenaan dan memintanya untuk ‘DM’ maklumat selanjutnya.

Nampaknya keinginan ibu mengandung itu tercapai apabila Khairul memenuhi permintaannya dengan memasakkan makanan yang kebetulan juga kegemaran bakal ibu itu!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Melihat di dalam video yang di muat naik di Instagram beliau, Khairul memasakkan menu daging harimau menangis, sotong bakar dan ayam bakar.

Apa yang paling precious sekali adalah apabila melihat wanita mengandung itu terkejut dan tidak menyangka YouTuber itu sanggup memenuhi kehendaknya, siap hantarkan makanan!

Fuh beruntungnya ibu mengandung ni!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha Khairul, malah ramai pula yang tiba-tiba dikatakan ‘mengandung’ dan mengidam masakan beliau. Eh!

Tetiba min pun terasa macam mengidam masakan Khairul ni, lagi-lagi bila tengok ibu mengandung tu makan daging harimau menangis, fuh kecur air liur!

Anyways, such a good effort Khairul!

Written by: Fieyna Azman

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *