Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Idris Ash Nazril, Nama Pilihan Sazzy Falak Untuk Anak Angkat

today3 April 2020

Background

Pelakon dan pengacara Sazzy Falak sebelum ini pernah mengumumkan mengambil seorang bayi lelaki untuk dijadikan anak angkat.

Berita gembira itu telah dikongsikan pada 16 Mac lalu kepada peminat.

https://www.instagram.com/p/B9yBirBAgK-/

Bukan hanya peminat, tetapi kehadiran si comel Idris itu juga amat bermakna dan dinanti-nantikan dua anak kembar perempuannya, Imaan Lily dan Tiara Rose yang berusia 9 tahun.

https://www.instagram.com/p/B91OasQAeYm/

Menerusi laman Instagram Sazzy pada 3 April, isteri kepada Nazril Idrus itu berkongsi satu lagi berita gembira apabila mendedahkan nama penuh Idris.

https://www.instagram.com/p/B-ffnWkASDY/

Idris Ash Nazril, sedap kan namanya?

Pilihan nama ‘Ash’ itu juga mungkin sebagai memperingati arwah pelakon Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung, yang merupakan sahabat karib kepada Sazzy.

Semoga Idris Ash membesar dengan baik dan mendapat kasih sayang sepenuhnya.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *