Ketika rata-rata selebriti tanah air sibuk menghulurkan bantuan kepada individu, keluarga ataupun tenaga barisan hadapan yang terlibat dalam memerangi wabak COVID-19, lain pula dengan pelakon dan pengacara Mira Filzah.
Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Cinta Si Wedding Planner itu baharu sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-27 pada 2 April 2020.
Tampil dengan kelainan, Mira menyambutnya dengan berbesar hati untuk memberi bantuan dan beramal buat haiwan di Zoo Negara.

“Adopted Kayla, Flash, Choki, Ben, Sibol and Yiyi on my birthday. They need us. Help them.”Â
Jelasnya lagi, jika bukan rakyat Malaysia yang menjaga dan melindungi, siapa lagi.
Mira juga sempat meninggalkan number telefon dan laman sesawang sekiranya orang awam yang lain turut sama-sama mahu membantu haiwan di negara ini.
(zoonegaramalaysia.my / +603-41083422)
Post comments (0)