Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Jangan Bikin Panas: Filem Khas Untuk Anggota Bomba

today8 October 2019

Background

Filem-filem yang mengangkat imej anggota polis kebiasannya sudah selalu kita tonton di pawagam kan? Tidak seperti bomba, Filem Hero: Jangan Bikin Panas kali ini merungkai misteri kebakaran di Pusat Tahfiz.

Filem yang sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 3 Oktober 2019 itu turut bakal memaparkan aksi sepasukan anggota bomba yang terlibat untuk menghentikan isu penjualan tanah secara haram.

Jadi, filem ini juga adalah salah satu platform untuk penonton menghayati pengorbanan anggota bomba selain mendekati kisah hidup anggota bomba di Malaysia.

Selain itu, filem ini dibarisi pelakon hebat termasuk Hisyam Hamid yang pernah bertugas sebagai ahli bomba sebelum menjadi pelakon, Bell Ngasri dan Mark Adam.

Menariknya lagi, filem ini menyentuh beberapa isu sensitif termasuk konspirasi kongsi gelap antarabangsa. Sebagai salah satunya saksi kejadian perbuatan khianat di Tahfiz tersebut beberapa tahun lalu, Zafrul (lakonan Hisyam Hamid) telah berazam untuk mencari kebenaran dan keadilan untuk mangsa mangsa tragedi tersebut.

Walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza, Ahmad Mustar (lakonan Bell Ngasri) serta Adam Fanifinali (lakonan Mark Adam) telah mengembara ke Kuala Lumpur untuk mencari sumber rezeki yang baru.

Meraka akhirnya membuat keputusan untuk menyertai pasukan bomba setelah berjumpa dengan Zafrul secara ‘kebetulan’ di Kuala Lumpur. Gandingan bersahaja mereka sebagai anggota bomba yang baru semestinya akan membuat para penonton tidak kering gusi.

Tiga sekawan ini turut diapit dua srikandi ayu, Amylia (lakonan Elisya Sandha) serta Suraya (lakonan Tash Yong) yang turut menjadi membawa watak sebagai anggota bomba.

Segalanya bermula apabila Zafrul dapat menghidu aktiviti penjualan tanah secara haram yang dilakukan oleh kumpulan kongsi gelap antarabangsa. Menariknya, kumpulan tersebut juga merupakan dalang yang sama bagi tragedi kebakaran di Tahfiz yang melibatkan Zafrul beberapa tahun lalu. Bersama-sama dengan dua orang rakan bomba barunya, dapatkah mereka merungkai misteri ini?

Filem Hero: Jangan Bikin Panas ini turut membariskan para pelakon terkenal seperti Datuk Jalaludin Hassan, Shahrudin Thamby, Riz Amin serta Tauke Jambu.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *