Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kaka Azraff Umum Berita Gembira!

today15 May 2019

Background
Teka-teki mengenai kehamilan Kaka Azraff, 29 tahun, terjawab apabila penyanyi itu mengumumkan kepada BH Online dia sudah berbadan dua.
Kaka berkata, dia teruja dengan fasa baharu sebagai bakal ibu hingga sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

https://www.instagram.com/p/BxdCBEij0n1/?utm_source=ig_web_copy_link

“Alhamdulillah, saya kini hamil, kandungan ini sudah pun berusia empat bulan.

“Sebelum mendapat tahu diri ini hamil, saya berasa pelik dan seperti ada yang tidak kena pada badan saya. Tak sangka pula apabila membuat ujian kehamilan, keputusannya positif.

“Berita gembira ini sukar digambarkan dengan kata-kata. Perasaan saya bercampur baur. Saya teruja, tetapi pada masa sama berdebar kerana ia sesuatu yang baharu dalam hidup saya dan suami,”

Kata Kaka, dia merahsiakan kehamilannya sebelum ini atas permintaan keluarga selain mahu mendapatkan pengesahan doktor mengenai keadaan kandungan.

“Lelaki atau perempuan, saya dan suami tak kisah. Asalkan anak yang bakal dilahirkan ini sihat dan sempurna, dapat menjadi anak soleh atau solehah, ia sudah cukup menggembirakan kami.”

Kaka dan Adam Azriff, 25 tahun mendirikan rumah tangga pada 14 Disember lalu.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *