Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Kalau Tak Mekap Apa Rupa Ya?”- Syifa Melvin Jawab Mulut Laser Netizen!

today28 August 2020

Background

Ada sahaja netizen yang melontarkan komen negatif seperti kurang senang dengan pelakon dan model, Syifa Melvin. Mungkin sesetengah orang menganggap lumrah apabila menjadi seorang selebriti. Lagi-lagi dengan zaman media sosial yang penuh dengan akaun-akaun ‘fake’, sesiapa sahaja boleh meninggalkan komen.

Terbaru, Syifa ada memuat naik satu gambar di Instagram miliknya, dengan kapsyen seolah-olah mahu meluahkan perasaan yang terpendam dengan pelbagai tuduhan terhadap dirinya.

https://www.instagram.com/p/CEZVy93H9yl/

“Lelaplah mata setiap malam dengan hati yang tenang tanpa iri, tanpa dengki tanpa ketidakpuasaan hati pada manusia lain” – Syifa

Posting yang di muat naik di laman sosial Instagram Syifa itu, turut mendapat komen berbaur negatif daripada salah seorang pengikutnya,

“Klu tk mekap apa rupa ya?” 

Tidak mahu membiarkan komen itu ‘membuli’ dirinya, Syifa membalas dengan jawapan yang pedas!

“Saya penjual makeup bang, mesti la saya kena pakai makeup yg saya jual”

“Saya harap abang selalu diberi rezeki yg halal ya bang, semoga Allah beri kudrat dan tenaga pada abang untuk beri rezeki pada zuriat abg, amin doakan saya ya”–  jawab Syifa.

Aduhai guys, kalau tak ada benda yang baik untuk di komen, sebaiknya simpan sahaja untuk diri sendiri. Bukan apa, takut nanti makan diri. Kbye!

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *