Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Kau Kuat Bro”, Pelajar Ini ‘Sunting’ Arwah Ibu Ke Dalam Foto Graduasi

today8 October 2019

Background

Apalah makna majlis konvokesyen tanpa kehadiran ibu bapa di sisi.

Setelah penat lelah usaha mendapatkan segulung ijazah, momen untuk bersama di hari bersejarah itu pastinya dinanti-nantikan semua graduasi.

Bagaimanapun, tidak semua bernasib baik kerana ada antara mereka yang ibu atau bapa, atau kedua-duanya sekali sudah pergi menghadap ilahi.

https://www.instagram.com/p/Bwo-7snnbYd/

Bagi pelajar jurusan teknologi Elektronik, Fahmi Naqib, 20, dia hanya mampu menyunting gambar ibunya ke dalam gambar yang diambil ketika graduasi untuk menjadikan momen itu lebih bermakna.

https://www.instagram.com/p/B3CTgOYFN3U/

Lantas, ramai pengikut Fahmi di Instagram meluahkan rasa simpati diatas kehilangan ibu tersayang, selain turut mengucapkan tahniah kepadanya kerana telah menamatkan pengajian dengan jayanya.

Arwah ibu Fahmi difahamkan meninggal dunia pada Mac tahun lalu. Innalillah…

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *