Penyanyi dan pelakon, Kilafairy dilihat sudah pun memadam kesemua foto free hair di laman Instagram (IG) miliknya selepas mengambil keputusan untuk berhijab penuh.
Memiliki 945,000 jumlah pengikut di IG, platform tersebut kini hanya dipenuhi dengan foto terkini dirinya yang manis berhijab.
Menerusi laporan Berita Harian, keputusan Kila atau nama lengkapnya Syakila Nisha Jangir Khan untuk mengenakan tudung bukan atas paksaan sesiapa, sebaliknya ia seiring dengan kematangan usia.
“Saya percaya niat yang baik akan dipermudahkan. Hati saya terbuka mahu mengenakan hijab. Saya membulatkan tekad tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa.
“Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Apa yang lebih diharapkan saya kekal istiqamah.
“Perubahan ini seiring dengan peningkatan usia dan kematangan diri. Saya percaya dalam hidup kita tidak boleh terus berada di takuk lama, perlu ada penghijrahan,” katanya.
Post comments (0)