Semenjak banyak kes viral tentang memandu di bawah umur, makin banyak pula kes begitu mula mendapat perhatian awam.
Sampaikan ada yang pergi korek semula posting lama untuk dijadikan modal.
Baru-baru ini kecoh apabila video lama Datuk Seri Vida bersama dengan anak gadisnya, Cik B menjadi bualan hangat netizen.
Lebih mengejutkan apabila video tersebut merupakan posting di akaun Facebook ‘Sayang-sayang DSV‘ sekitar tahun 2018 yang lalu namun baru hari ini ia viral.
Kejadian yang dirakam pada tahun 2018 itu menunjukkan Cik B yang baru sahaja berusia 15 tahun sedang memandu sebuah kereta mewah kepunyaan DSV di kawasan rumah mereka iaitu di Meru Hills, Ipoh.
Video berdurasi 33 saat itu memperlihatkan DSV memberi sokongan terhadap anak gadis tunggalnya untuk terus fokus terhadap pemanduan memandangkan mereka berada di kawasan perumahan.
Walaupun video itu sudah lama, tetapi ada individu yang telah membuat laporan polis berkaitan isu tersebut sehingga menarik perhatian Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz.
Menurutnya satu laporan polis telah dibuat berkenaan video tersebut dan mereka sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu di dalam video tersebut sebelum membuat apa-apa tindakan.
Pihak polis akan melakukan siasatan dibawah Seksyen 26(1) akta bersama kerana memandu kenderaan motor tanpa lesen.
https://www.instagram.com/p/CD6WYfJFgST/
Korang rasa Cik B akan kena soal siasat tak lepas ni? Tapi kalau ikutkan video itu, Cik B hanya membawa kereta di dalam kawasan perumahan sahaja dan bukannya di atas jalan raya yang sesak.
Apa pun, kita tunggu sahaja kenyataan daripada DSV sendiri berkaitan isu ini.
Post comments (0)