Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Konsert Trio Tak Jadi

today9 October 2019

Background

Konsert Trio oleh penyanyi popular Khai Bahar, Wany Hasrita dan Sufian Suhaimi di Stadium Malawati Shah Alam dibatalkan.

Pengarah konsert Mohd Azlan Abd Sukor ketika dihubungi berkata, itu adalah keputusan terbaik sebelum menanggung kerugian lebih besar.

“Pihak saya sudah minta nasihat dan tanya banyak pihak, jadi ini keputusan kami. Punca utama adalah penajaan. Lagi pula, nak buat dalam stadium. Jadi, ia memerlukan kos tinggi. Disebabkan itu, tak dapat nak diteruskan.

”Keputusan ini dibuat bulan lalu iaitu selepas berbincang dan berjumpa dengan semua pengurus artis,” katanya.

Pihaknya kini sedang mengumpul maklumat bagi pemulangan duit tiket konsert yang sepatutnya berlangsung pada 2 November.

“Kami pun sudah umumkan perkara ini dalam website. Jadi, kepada pembeli tiket, duit akan dipulangkan secara beperingkat.

Sebelum ini, penganjur konsert mengumumkan dari empat lokasi jelajah (Expo @ Danga City Mall, Johor Bahru, Stadium SUKPA, dan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar ditukar kepada satu sahaja.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *