Banyak perkara atau kerenah kita pernah nampak dekat plaza tol kan? Termasuklah daripada terlupa tambah nilai Touch N Go, Smart Tag tidak dapat dibaca dan macam-macam lagi.
Terbaharu, ada kejadian melucukan apabila seorang wanita tiba-tiba keluar dari kereta, ketika gilirannya menyentuh kad.
"Makcik ni g mana, beli nasi goreng sekali ke?" pic.twitter.com/8LKfFqTGkr
— iKidd (@true_ajrul) October 18, 2019
Ciapan yang dimuat naik oleh pengguna Twitter berkenaan telah di retweet lebih 26,000 pengguna lain, selepas ia menjadi tular gara-gara bebelan pemandu lain yang membawa kenderaan di belakang wanita tersebut.
“Bukan nak pergi awal-awal ‘topup’. Cubalah jangan jadi orang yang menyusahkan orang. Cakap nanti marah, cakapkan nanti kata pemandu lori kurang ajar,”
Walau video berkenaan hanya berdurasi 2 minit, ia telah menarik perhatian netizen untuk menonton gelagat pemandu di Malaysia.
“Eh mak cik ni pergi mana? Beli nasi goreng sekali ke? Sudah, hilang dah mak cik ini, jangan-jangan pesan nasi goreng tak?”
Melalui bebenang ciapan tersebut, pemilik akaun itu turut berkongsi cara penggunaan tol yang betul bagi mengelak kenderaan lain beratur lama hingga mengganggu pengguna lain.
Kepada yang belum jelas. pic.twitter.com/atE5xWfu2j
— iKidd (@true_ajrul) October 19, 2019
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna lebuhraya yang lain supaya memudahkan serta menjimatkan masa ramai.
Post comments (0)