Pelakon Bella Dally menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik satu video yang memaparkan ujian alat kehamilan lewat malam tadi.
Video pendek berkenaan menunjukkan dua garisan yang bermaksud seseorang wanita itu disahkan positif hamil.
https://www.instagram.com/p/B1q3FyvhZWy/
Bagaimanapun, ia ternyata mencetus pelbagai tanda tanya terutama warganet kerana tiada sebarang caption atau jawapan diberikan oleh Bella atau nama penuhnya Nabilah Ali Dally.
Bersabar ya peminat-peminat Bella, sama-sama kita tunggu jawapan Bella pada 29 Ogos ini berdasarkan tarikh yang dipaparkan di video berkenaan.
Dalam pada itu, rata-rata rakan artis dan pengikut Bella di Instagram mengucapkan tahniah kepada pelakon drama Miss Octopus itu.
Untuk rekod, Bella telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac lalu dengan seorang ahli perniagaan Arif Izuddin Mohd Radzali.
Post comments (0)