Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

MV ‘Hello’ Versi Andi Bernadee & Ismail Izzani Dilancarkan

today5 December 2019

Background

Holla! Buat peminat Ismail Izani dan Andi Bernadee, anda dah dengar ke single terbaru mereka, Hello?

Malam Isnin lalu, video muzik lagu Hello telah dilancarkan di laman Youtube.

Bukan biasa-biasa tau sebab buat pertama kali dalam industri muzik, satu single mempunyai dua video muzik yang berbeza iaitu Warner Music Malaysia  dan World Peace Entertainment.

Video muzik Hello berkisar tentang kes pembunuhan yang dilakukan oleh pembunuh bersiri di mana kedua-dua muzik video ini mengandungi petunjuk untuk penonton mencari jawapan kepada kes pembunuhan tersebut.

Sejak dimuat naik 2 Disember lalu, Hello versi Ismail telah mencatat lebih 384,000 tontonan manakala versi Andi meraih lebih 166,000 jumlah tontonan dengan kedua-duanya trending di Youtube.

Mana satu kegemaran anda, versi Ismail ke Andi?

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *