Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Nassier Wahab Pergi Buat Selamanya

today5 December 2019

Background

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un…

Penyanyi  era 80-an Datuk Nassier Wahab, 57, meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi Khamis di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya, Selangor.

Berita sedih itu didedahkan oleh penyanyi, Zur Eda menerusi kiriman WhatsApp kepada rakan artis.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan Nassier Wahab baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12.45 pagi.

“Mohon sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan kita doakan semoga roh arwah akan ditempatkan bersama roh solehin. Al-Fatihah,” tulisnya ringkas.

Hal ini turut dikongsikan oleh rakan beberapa sahabat artis termasuk Fauziah Ahmad Daud dan Dayang Nurfaizah di laman media sosial mereka.

https://www.instagram.com/p/B5qK8sRFQEk/

https://www.instagram.com/p/B5qROvmHAFc/

Pada 1 Jun lalu, Nassier atau nama penuhnya Dato’ Hj. Mohd Nasir bin Abd. Wahab pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah lima tahun menahan kesakitan di bahagian gusi.


Penyanyi yang popular menerusi lagu Memori Cinta Luka itu kemudian berehat sementara daripada industri hiburan untuk kesihatannya kembali  pulih.

Sebelum ini,  Nassier juga pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher pada April 2018.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *