Pelakon Nad Zainal bakal memegang watak sebagai Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali!
Dia mengakui perasaannya bercampur baur antara teruja dan gementar apabila diamanahkan untuk menghidupkan watak itu dalam filem biografi serta percintaan, Hasmah Bila Deh Bertemu Det.
Nad akan bergandingan dengan Hasnul Rahmat yang berlakon sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penggambaran filem akan dimulakan pada tahun 2020, dan sidang media mengumumkan pengarah dan barisan pelakon bakal diadakan 7 Oktober ini.

Selain itu, Nad bakal muncul dalam pementasan teater Makyung Raja Besar Maha Gading, bermula 11 hingga 13 Oktober ini, di Panggung Sari, Istana Budaya.
Teater tradisional itu turut menampilkan pelakon seperti Rosnan Rahmat, Naque Ariffin, Izzue Islam dan ramai lagi. Dalam pementasan berkenaan, Nad memegang watak utama sebagai Raja Bongsu yang dianiaya adik-beradik sendiri kerana berebutkan takhta.
Sumber : Berita Harian
Post comments (0)