Pelakon jelita, Nadiyah Shahab telah berjaya menghabiskan pengajiannya dan menggenggam segulung Ijazah Perundangan dari University of London yang berlangsung minggu lalu.

Nadiyah atau nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 29, berkongsi berita gembira itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/B7I9sRDgS-l/
https://www.instagram.com/p/B7KxVYpgVG7/
https://www.instagram.com/p/B7KzJV4gJeF/
https://www.instagram.com/p/B7LWyjUguEN/
Kejayaan isteri kepada Ben Ali itu mendapat perhatian peminatnya dan rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada pelakon drama Asalkan Kau Bahagia itu.


Dalam pada itu, foto bersama ibu tercinta yang dikongsikan juga meraih pujian ramai apabila keduanya kelihatan seperti adik-beradik, malah masih cantik biarpun berusia 54 tahun.
https://www.instagram.com/p/B7NVdLQAeCv/

Sebagai rekod, Nadiyah dan suami, Ben Ali telah mendirikan rumah tangga pada November 2018.
Post comments (0)