Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Netizen Sokong Impian Sharifah Amani Untuk Cross Over Filem “Ada Apa Dengan Sepet”

today19 September 2019

Background

Mesti ramai diantara kita yang masih belum move on dengan filem-filem hebat seperti Ada Apa dengan Cinta dari Indonesia dan karya allahyarhamah Yasmin Ahmad yang berjudul Sepet kan?

Lakonan hebat Nicholas Saputra dan Sharifah Amani dalam dua filem berbeza ini ternyata memberi impak terhadap penonton sehingga ia mampu meninggalkan kesan malah membuatkan penonton menghafal babak-babak yang tidak dapat dilupakan.

Terbaharu, Sharifah Amani menerusi ciapan di laman Twitter miliknya semalam telah menarik perhatian netizen selepas memuat baik 2 keping gambar yang memaparkan dirinya (Orked) bersama Nicholas Saputra (Rangga).

“Daripada buat sequel baik buat crossover film. #OrkedDanRangga” tulisnya bersama dengan emoji berseloroh dan berbentuk hati.

Sementara itu, Sharifah Amani yang mesra disapa Nani turut menjelaskan ia hanyalah angan-angan selain menyatakan bebenang yang menerangkan maksud crossover movie kepada pengikutnya.

Image

Netizen turut tidak ketinggalan memberi maklum balas positif terhadap impian Nani selain menyokong semua perkara yang dilakukan olehnya.

Apa-apa pun, best juga kalau dapat tonton filem dari dua negara yang berbeza kan? Semoga ia menjadi kenyataan dan segala urusan dipermudahkan!

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *