Gandingan mantap pelakon Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim kembali dalam drama Kau Yang Pertama.
Untuk pengetahuan, drama 28 episod terbitan Sha’s Media Sdn Bhd itu diarahkan oleh Hadith Omar dan akan disiarkan menerusi slot Akasia TV3 pada 12 Ogos ini.
Kau Yang Pertama mengisahkan tentang Farah yang membawa watak sebagai Rose Natasha, bakal menjalani latihan industri di sebuah syarikat milik Farhan lakonan Fikry. Pelbagai ragam berlaku antara mereka hingga mewujudkan rasa cinta.
Menerusi laman Instagram Farah, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton drama terbarunya itu.
https://www.instagram.com/p/B00UKH6p4x7/
Tak sabarnya! Selain Farah dan Fikry, Kau Yang Pertama turut dibintangi Tasha Shilla, Elyas Abdullah, Yusuf Bahrin, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Sheila Hassan dan Wan Nor Azlin.
Sama-sama kita nantikan kisah percintaan antara boss & intern. Adakah cinta milik mereka?
Post comments (0)