Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Ning Baizura Bongkar Rahsia Kulit Wajah Semakin Putih

today15 May 2020

Background

Sebut sahaja nama Ning Baizura, pasti teringat lagu Awan Yang Terpilu nyanyiannya yang cukup popular dahulu.

Selain vokalnya yang memukau, kulit wajah hitam manis dimilikinya juga menjadikan Ning istimewa dan unik di mata peminat.

Pada 13 Mei lalu, penyanyi berusia 44 tahun ini ada berkongsi satu foto di Instagram.

Perubahan tona kulit wajahnya yang kelihatan semakin cerah sejak akhir-akhir ini menarik perhatian peminat yang tertanya-tanya apakah rahsianya?

Anda nak tahu? Baca penjelasan Ning di bawah.

Maka, terjawablah persoalan yang bermain di minda.

Jelas Ning, perubahan itu disebabkan dia kurang berada di luar rumah untuk bersukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

Tak kisahlah kulit Ning Baizura semakin cerah atau tidak, kerana apa yang lebih penting suaranya tetap lagi menjadi idaman rakyat Malaysia!

 

Written by: Jay

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *