“Pada mulanya, persembahan itu hanya mahu diadakan pada skala kecil sahaja, tetapi telah diubah kepada konsert mini selepas mendapat permintaan tinggi daripada peminat.”
Itulah luahan penyanyi yang popular menerusi lagu Selamat Tinggal Sayang iaitu Haqiem Rusli yang pada awalnya mahu menamakan persembahannya sebagai Malam Akustik, namun sebaliknya berlaku.
Haqiem bagaimanapun mengakui dia sangat menghargai sokongan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Qiemilio.

Sementara itu, penyanyi yang baru sahaja muncul dengan single Lembah Kesepian itu turut teruja untuk menjayakan konsert mini sulungnya di Forest Valley Hall, Cheras pada 4 Oktober depan.
Menurutnya dia akan menyanyikan 12 lagu pada konsert mini berkenaan.
Post comments (0)