Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Pasangan Beri Kejutan Bayi Kembar IVF Buat Keluarganya Sebak!

today14 November 2019

Background

Normal bagi setiap pasangan, pasti mahukan zuriat daripada darah daging sendiri. Bukan tidak mahu mengambil anak angkat, tetapi pengalaman merasai tempoh kehamilan amat bermakna dalam setiap pasangan yang membina mahligai bersama.

Malah dengan kemajuan perubatan yang kita kecapi sekarang, wanita yang mengalami masalah kesuburan juga boleh mendapatkan rawatan alternatif seperti proses persenyawaan in vitro (IVF).

Terbaharu, seorang wanita yang dikenali sebagai Ruth Shrauner telah berjaya melahirkan sepasang bayi kembar yang berlainan jantina menerusi prosedur berkenaan.

Memandangkan fenomena itu jarang berlaku, mereka bercadang untuk merahsiakan bilangan janin dalam kandungan daripada semua orang.

https://www.facebook.com/DailyMailVideo/videos/418469222140477/

Kalau kita lihat daripada video yang berdurasi 3 minit ini, kesemua ahli keluarga dan rakan-rakan pasangan berkenaan terkejutan selain berasa sebak kerana pastinya pasangan berkenaan menunggu ketibaan bayi itu dalam tempoh yang panjang.

Mereka turut menyatakan tempoh 9 bulan untuk menyimpan rahsia adalah sesuatu yang mustahil.

Video berkenaan telah mendapat perhatian netizen dan telah ditonton lebih daripada 2 juta kali.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *