Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Peminat ‘Potong Kaki’ Tengok Syazwan Zulkifly Dengan Wan Sharmila, Moga Ada Jodoh…

today22 September 2020

Background

Orang kata kalau muka pasangan itu seiras, maksudnya ada jodoh, betul ke?

Agak-agak wajah pelakon Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly ni seiras atau tidak ya?

Cuma masalahnya sekarang ini ialah Wan Sharmila sendiri bagaikan menunjukkan tanda bahawa awal-awal lagi dia dah reject Syazwan ni, macam mana eh?

Semenjak mereka bergandingan dalam drama 7 Hari Mencintaiku 1 dan 2, semakin serasi pula tengok mereka berdua ini.

Keserasian lakonan mereka itu bagaikan sudah dibawa ke alam nyata sehingga ramai peminat berharap agar mereka berdua mendirikan rumah tangga bersama.

Andaian peminat mengatakan bahawa mereka ini sedang dilamun cinta semakin bertambah apabila Syazwan memberikan cincin kepada Wan Sharmila.

Ada satu ketika itu Syazwan memberi kejutan dengan menghadiahkan sebentuk cincin kepada Wan Sharmila sebagai tanda maafnya dan lebih menarik lagi apabila aksi sweet mereka itu ditunjukkan dalam Live Instagram ya.

https://www.instagram.com/p/CFYM19FnDu9/

“You minta maaf lepas tu you bagi cincin? Cincin ni sebenarnya macam untuk orang kahwin tau. Kita kawan, bukan kahwin”

Walaupun kata-kata Wan Sharmila itu seperti satu ayat penolakan tetapi peminat tetap berharap agar hubungan cinta itu benar-benar terjalin.

Bertambah sweet apabila Syazwan tiba-tiba muncul di sebelah Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala itu sehingga membuatkan peminat bertambah rasa nak ‘potong kaki’.

Namun ada yang mengatakan bahawa cincin itu hanya la sekadar marketing bagi membuat promosi paid review sahaja.

Menurut temubual Syazwan bersama dengan Berita Harian pada Ogos yang lalu, dia akui bahawa dia sangat selesa digandingkan dengan Wan Sharmila kerana keserasian dan kerjasama yang boleh diberikan oleh kedua-dua belah pihak.

Mereka berdua juga akui bahawa tiada hubungan istimewa antara mereka, cukup sekadar rakan baik sahaja.

Tapi kalau dah sweet macam tu, takkan la tak ada rasa suka kot?

Apa pun kita doakan yang baik-baik untuk Syazwan dan Wan Sharmila, kalau ada jodoh tak ke mana kan?

Written by: Ainaa Hafizah

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *