Pelbagai barang disumbangkan oleh golongan selebriti termasuk makanan kering, topeng muka, cecair pembasmi kuman dan lain-lain kepada pekerja barisan hadapan atau frontliners sebagai usaha membantu memerangi wabak Covid-19.
Umum mengetahui petugas dari sektor perubatan seperti jururawat, doktor dan pegawai kesihatan harus memakai pakaian perlindungan khas PPE untuk melindungi diri mereka ketika menjalankan tugas.
Pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill bermurah hati apabila menjahit PPE buat frontliners.
Bantuan murni itu dikongsikan beliau menerusi laman Facebook miliknya pada 30 Mac lalu.
“Jom sama2 kita membantu pulak..kerajaan dh bantu kita, kita tlg depa balik ,, sapa stuju angkat tangan,,hahaha ????♂️????♂️??♀️????♂️
.
sama2 lah kita beramal di rumah membantu frontliner for covid19,” tulisnya sambil menyeru orang ramai turut menghulurkan bantuan.
Post comments (0)