Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Ramai Ingat Tiz Zaqyah Nyanyi OST Setelah Ku Dimiliki, Rupanya..

today2 December 2019

Background

Mesti ramai sekarang tengah follow drama rantaian Setelah Ku Dimiliki lakonan hebat Zul Ariffin, Intan Najuwa dan Tiz Zaqyah kan?

Tapi korang tahu tak siapa penyanyi disebalik lagu runut bunyi drama tu? Sebenarnya, bukan pelakon yang membawa watak Salina (Tiz Zaqyah) yang menyanyikan lagu tersebut, sebaliknya Ika Mustafa.

Perkara tersebut dapat dilihat menerusi komen-komen yang ditulis di laman Youtube yang turut mengatakan mereka tertarik dengan lagu berkenaan di sebabkan impak drama yang dilakonkan pelakon-pelakon tersebut.

Selain memuji kemerduan suara penyanyi Ika Mustafa ini, terdapat juga pengikut menyatakan suaranya mirip seperti penyanyi Aisyah Aziz.

Drama Setelah Ku Dimiliki masih lagi ditayangkan sehingga kini, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam menerusi saluran TV3.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *