Filem Avengers: Endgame akhirnya merampas takhta nombor 1 daripada filem Avatar selepas mencatat kutipan $2.7902 bilion.

Jumlah itu mengatasi kutipan filem tahun 2009 Avatar iaitu $2.7897 bilion secara keseluruhan.
Pengerusi bersama Disney yang juga Ketua Pegawai Kreatif, Alan Horn dalam satu kenyataannya mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan produksinya kerana mencipta satu sejarah baharu dalam industri perfileman.
Pengarah filem Avatar, James Cameron turut mengucapkan tahniah menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasmi Avatar,

Post comments (0)