Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Remy Mahu Jadi Produser

today26 September 2019

Background

Digelar hero pujaan Malaya, Remy Ishak mengakui belum berpuas hati dengan pencapaiannya dalam bidang lakonan ketika ini.

Dalam pada itu, pelakon filem Sangkar ini juga sedang berjinak-jinak dalam kerja pengarahan ketika di lokasi penggambaran bagi merealisasikan impiannya bergelar pengarah dan penerbit pada usia 45 tahun nanti.

“Saya juga mahu menjadi pengarah dan bergelar produser pada usia 45 tahun nanti. Malah, saya sudah mula berjinak-jinak dalam kerja pengarahan ketika di lokasi penggambaran.

“Saya bukan setakat berlakon dan memahami skrip di lokasi, sebaliknya banyak ilmu pengarahan dan perfileman yang dipelajari dalam tempoh 15 tahun pembabitan dalam bidang lakonan,” katanya.

Remy yang bermula dari bawah juga tidak mempunyai masalah untuk berkongsi ilmu lakonannya dengan pendatang baharu.

“Saya juga bermula dari bawah dan belajar sendiri ilmu lakonan dengan pelakon senior di lokasi penggambaran pada tempoh lima tahun pertama dalam bidang lakonan dulu.

“Sebab itu, saya akan pastikan pelakon baru berasa selesa bila berlakon di samping saya di lokasi tetapi ada juga pelakon baru yang berlagak diva,” ujar Remy lagi.

Semoga tercapai impian Remy bergelar pengarah dan produser!

 

 

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *