Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Robert Pattinson Hero Baharu Batman?

today17 May 2019

Background

Walaupun berita ini belum disahkan sepenuhnya, pelakon yang popular menerusi filem Twilight, Robert Pattinson dikhabarkan bakal memegang watak Batman.

Menurut sebuah portal hiburan online, Pattinson bakal melakonkan watak berkenaan dalam satu filem gubahan semula Batman yang diarahkan oleh Matt Reeves.

Image result for robert pattinson

Portal itu juga memberitahu bahawa Robert Pattinson telah menandatangani perjanjian untuk melakonkan watak itu bagi menggantikan Ben Affleck yang juga telah menarik diri disebabkan isu peribadi melibatkan syarikat DC Comics.

Image result for robert pattinson ben affleck

Pengarah Matt Reeves telah menulis skrip filem berkenaan yang memfokuskan kepada kehidupan awal Bruce Wayne sebelum menjadi Batman.

Bagaimanapun, tarikh mula penggambaran itu masih belum dinyatakan.

Pattinson juga dikatakan bakal memulakan penggambaran filem terbitan Warner Bros yang diarahkan oleh Christopher Nolan dan akan bergandingan dengan pelakon John David Washington yang dijangka ditayangkan pada 17 Julai 2020.

Image result for John David Washington

 

Sumber dari: variety.com

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *