Manis sungguh melihat pelakon dan penyanyi jelita, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura yang kini sedang hamil lapan bulan. Bukan itu sahaja, Fazura turut berkongsi mengenai kesabaran suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin tidak jemu dan sabar melayani kerenahnya sepanjang tempoh kehamilan.
https://www.instagram.com/p/CDd3Xv2ltht/
Fazura berkata, Fattah sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi keinginannya.
“Ketika mula-mula mengandung, saya memang amat cerewet bab makan. Ada satu ketika, dia beli sandwich yang mengandungi mayonis sedangkan saya tak suka.
“Saya memang tak suka mayonis dan sos sehingga akhirnya saya menangis. Dia pujuk saya dan keluar semula pergi belikan sandwich yang baru semata-mata untuk bagi saya makan. Selepas itu saya minta ampun kepadanya kerana kasihankan dia yang sanggup buat apa saja untuk saya,” katanya.
https://www.instagram.com/p/CDd4tygM_Ne/
Turut berkongsi kisah di awal kehamilan, Fattah tidak menyedari dirinya yang mengidam.
“Semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu ketika Ramadan, sebaik berbuka puasa, dia kerap membuka peti sejuk dan banyak makan aiskrim sehingga berat badannya naik. Saya pula berpantang makan pedas dan tajam seperti nanas,” katanya.
Bercerita mengenai persediaan menyambut kehadiran bayi, mommy to be ini berkata, dia belum membeli apa-apa barangan keperluan.
Sumber dari Harian Metro.
Post comments (0)