Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Selepas Lagu Tak Tun Tuang, Upiak Kembali Dengan Lagu ‘Bang Ojek’

today15 October 2019

Background

Penyanyi Indonesia yang cukup popular menerusi lagu Tak Tun Tuang, Upiak muncul dengan single terbaharu berjudul Bang Ojek featuring Harry Khalifah atau Apak.

Lagu bergenre pop yang ‘catchy’ dan rancak ini merupakan ciptaan Harry Apak sendiri sementara liriknya ditulis oleh Upiak.

Untuk pengetahuan, Bang Ojek menceritakan tentang karakter wanita yang jatuh hati dengan penunggang motosikal ojek atau teksi motosikal yang popular di Indonesia.

Lalu, si wanita merayu penunggang yang digelar sebagai ‘Bang Ojek’ untuk jatuh cinta dengannya.

Sejak dimuat naik di laman YouTube pada 13 September lalu, video muzik Bang Ojek yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur itu sudah ditonton lebih 111,000 kali.

Amacam, layan tak lagu ni?

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *