Another day, another story. Kali ini mengenai gadis cilik yang merupakan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona, kini menjadi perhatian ramai kerana ada segelintir netizen yang kurang senang dengan Instafamous itu.

Gemar bermain Tiktok, Iris sering berkongsikan video di laman sosial itu dan pasti ada sahaja videonya menari tidak kira tempat. Bagaimanapun, ada netizen yang kurang senang melihat Iris terlalu sering memuat naik video di TikTok yang dianggap tidak normal.
Anak Azhar Sulaiman doing tiktok all the time, everywhere, even in a class…and i be like- girl can u just be a normal one…?
— ࿐♡ (@dottyy_) August 26, 2020
Turut mempersoalkan tindakan Iris, individu ini berharap agar Iris boleh menjadi normal seperti orang lain. Bagaimanapun ciapan yang di muat naik itu, mencetuskan provokasi dalam kalangan peminat Iris. Ada yang bersetuju, tidak kurang juga yang berpendapat individu itu sebenarnya cemburu dengan kehidupan Iris.


Hmm tidak salah untuk menegur, tapi biarlah bertempat dan janganlah sampai mengundang provokasi. Cuba bayangkan korang yang dikecam?
Post comments (0)