Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sudah 3 Bulan Fizz Fairuz Tiada ‘Job’

today18 November 2019

Background

Pelakon, Datin Almy Nadia mendedahkan suaminya, Datuk Fizz Fairuz sudah masuk bulan ketiga tidak mendapat sebarang tawaran berlakon biarpun memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 pada 1 November lalu.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya pada jumaat lalu.

https://www.instagram.com/p/B42Tln-g4Cz/

Tulis Almy lagi, segelintir pihak produksi seolah-olah tidak berani mengambil Fizz berlakon kerana bayaran terlalu mahal sedangkan sudah dua bulan tiada ‘job’.

Tidak kurang juga ada yang membuat andaian pelakon drama Kamar Kamariah itu terlampau sibuk.

Lantas, perkongsian itu mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis seperti Nad Zainal dan Emelda Rosmila yang meninggalkan komen.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *