Kecewa Harimau Malaya Kalah Kepada UAE, Ramai Sokong Pandangan Fizz Fairuz
Ramai yang menyokong kenyataan Datuk Fizz Fairuz yang hampa dengan kekalahan Malaysia
Ramai yang menyokong kenyataan Datuk Fizz Fairuz yang hampa dengan kekalahan Malaysia
Para netizen kebanyakannya menyokong keinginan DSV untuk menjadi pemilik Perak FC
Buenos Aires: Diego Maradona diberikan koktel dadah termasuk antikemurungan dan antipsikotik yang digunakan untuk merawat penyakit bipolar. Ia didapati selepas serbuan yang dilakukan polis Argentina di rumah doktor legenda bola sepak itu. Siasatan dijalankan atas kemungkinan pembunuhan selepas Maradona meninggal dunia, minggu lalu. Maradona meninggal dunia susulan kegagalan jantung yang turut menyebabkan pengumpulan cecair dalam tisu di paru-parunya. Pakar kesihatan tidak menolak... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:
London: Krisis kecederaan pertahanan Liverpool makin memuncak dengan yang terbaru dialami, Joe Gomez dan pemain itu hampir pasti direhatkan selepas mengalami kecederaan lutut ketika latihan skuad England. Juara Liga Perdana Inggeris itu di jangka beraksi tanpa pertahanan tengah berpengaruh Virgil van Dijk hampir sebahagian besar musim ini selepas pemain Belanda itu mengalami kecederaan ligamen serius bulan lalu. Pertahanan kanan, Trent Alexander-Arnold dijangka berehat sehingga bulan depan... Klik sini untuk baca […]
Olivos, Argentina: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggalkan hospital hari ini selepas lapan hari menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di otaknya. Maradona meninggalkan Klinik Olivos dekat Buenos Aires dengan menaiki ambulan sejurus selepas doktor Leopoldo Luque memberitahu wartawan dia akan pulang. Luque sebelum itu memuat naik gambar di Instagram memeluk legenda berusia 60 tahun itu yang memakai kain lilitan di kepalanya. Maradona dijangka akan terus menyambung... Klik sini […]
Leipzig: Pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan berkata, Covid-19 mengubah persepsinya terhadap wabak itu ketika dia bersiap sedia berdepan tugasan antarabangsa bersama Jerman. Pemain berusia 30 tahun itu terlepas beberapa aksi Liga Perdana pada September lalu selepas dijangkiti virus itu yang diakuinya telah mengubah persepsinya. "Saya memandang mudah koronavirus sebelum saya dijangkiti dan selepas itu persepsi saya berubah," kata Gundogan menjelang aksi persahabatan menentang... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]
Buenos Aires: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona selamat menjalani pembedahan membuang darah beku di otak, menurut doktornya sebentar tadi. "Kami berjaya sepenuhnya membuang darah beku dan Diego tidak berdepan sebarang masalah,'' kata Leopoldo Luque selepas tamat pembedahan di klinik persendirian dekat Buenos Aires. "Ia terkawal, cuma ada sedikit sisa dalam saluran (darah beku). Dia akan terus di bawah pemantauan.'' Pemenang Piala Dunia, Maradona, 60, dibawa ke hospital kelmarin... Klik […]
Salzburg, Austria: Jaringan pertama Jerome Boateng di peringkat Eropah dalam tempoh lima tahun membantu Bayern Munich melebarkan rekod kemenangan kepada 14 perlawanan berturut-turut selepas bangkit menewaskan Salzburg 6-2. Ketika kedudukan 2-2, Boateng meletakkan juara bertahan di hadapan selepas menanduk masuk sepakan sudut Joshua Kimmich ketika permainan berbaki 11 minit. Leroy Sane, Robert Lewandowski dan Lucas Hernandez kemudiannya menambah derita tuan rumah untuk kemenangan ketiga... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]
London: Marcus Rashford kecewa dengan prestasi buruk Manchester United sejak kebelakangan ini tetapi yakin skuadnya akan kembali bangkit meraih kemenangan. United tewas 0-1 kepada Arsenal kelmarin dengan hanya meraih tujuh mata daripada enam aksi pertama Liga Perdana untuk menduduki tangga ke-15. Skuad Ole Gunnar Solskjaer hanya menang satu daripada lima aksi di tempat sendiri musim ini termasuk dibelasah 1-6 oleh Tottenham di Old Trafford. Walaupun United cemerlang dengan dua kemenangan... […]