Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama
Ia susulan pergerakan pulang orang ramai ke Lembah Klang selepas sambutan Aidiladha.
Ia susulan pergerakan pulang orang ramai ke Lembah Klang selepas sambutan Aidiladha.
Aliran trafik dilaporkan tinggi menghala ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
Bagi arah ke utara trafik perlahan hanya dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara Selatan dari Slim River menuju ke Sungkai.
Peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya PLUS dan LPT2 menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.
Bagaimanapun, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan setakat pagi ini trafik di beberapa lebuh raya utama masih lancar.