Adik lelaki kepada pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Mohamad Aqief selamat melangsungkan pernikahannya semalam di sebuah hotel terkemuka. Tetapi apa yang menjadi perbualan hangat warganet di laman sosial adalah kemunculan seorang jejaka yang dilihat mesra bersama Neelofa.
Lelaki itu ialah seorang pendakwah bebas, iaitu PU Riz yang hadir dengan lengkap berbaju Melayu berwarna biru lembut, dan dilihat mesra di majlis perkahwinan adik Neelofa itu.
Ditambah pula, kakak Neelofa iaitu Noor Nabila memuat naik video di Instagram Story nya yang memaparkan PU Riz sedang bersembang dengan Neelofa disertai emoji hati.

Mereka juga dilihat mengenakan baju berwarna sedondon seolah-olah memberi bayangan sedang menjalinkan hubungan. Bukan itu sahaja, mereka dilihat bergambar sekeluarga bersama.

Tampil menjawab spekulasi tersebut, kata PU Riz keberadaannya di majlis tersebut sekadar untuk memenuhi undangan untuk membacakan doa.
“Ni depa nak pekena, saya cuma diminta dia (Neelofa) untuk membacakan doa saja,”Â
Alahai manisnya, kalau betul Neelofa menjalinkan hunbungan bersama Pu Riz apa salahnya kan?
Terdahulu, PU Riz pernah menjelaskan hubungannya dengan Neelofa hanya atas dasar kerja semata-mata. Tiada soal hati atau perasaan antara mereka seperti yang digembar-gemburkan.
Post comments (0)