Susulan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7, yang juga kali kedua beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, rakyat Malaysia boleh menonton dokumentari berjudul M For Malaysia.
Dokumentari yang merakam moment kemenangan itu ditayangkan bermula 12 September selama 4 hari, di 34 pawagam terpilih seluruh negara!
Berikut ialah treler M For Malaysia:
Dokumentari ini diarahkan oleh Ineza Rousille dan Dian Lee. Ineza ialah cucu Tun Dr Mahathir, yang juga anak kepada Datin Paduka Marina Mahathir.

M For Malaysia telah ditayangkan di festival filem antarabangsa seperti CAAMFest37 di San Francisco pada Mei lalu dan DocEdge New Zealand pada bulan Jun.
Sementara itu, penyanyi Yuna telah dipilih untuk menyanyikan soundtrack M For Malaysia , berjudul Bermula Kita.


Post comments (0)