Imbas untuk muat turun aplikasi

Story

Telekung Nenek Pon Digunting Macam Mainan, Alahai Cucu Nenek Nakal Betul..

today19 March 2024

Background

Telekung sudah menjadi kelengkapan wajib bagi setiap wanita Muslim. Selain menjadi alat kelengkapan solat, ia juga merupakan lambang cinta abadi pada setiap sujud hamba kepada Tuhannya.

Bagi wanita, setiap telekung mempunyai keistimewaan dan nilai sentimental yang tersendiri.

Sama ada telekung tersebut dihadiahkan daripada yang tersayang, diterima sebagai hantaran perkahwinan mahupun dibeli sendiri, setiap telekung itu adalah istimewa buat pemiliknya.

Begitu jugalah dengan kisah nenek dan Nas ni. Walaupun telekung dah habis digunting oleh si cucu, si nenek ini masih lagi nak menjahit dan ‘selamatkan’ telekung tersebut. Agak-agak anda sebab apa ya?

 

Rupanya terdapat kisah di sebalik telekung ini

Rupa-rupanya telekung nenek ini merupakan pemberian daripada arwah suaminya. Lambang Cinta Abadi daripada Atok. Patutlah telekung ini sangat bermakna buat nenek. Sampai anaknya, Farah nak gantikan telekung baru pun dia taknak.

Walaupun telekung lama nenek menyimpan seribu memori, namun tidak ada salahnya apabila ia digantikan dengan telekung baru. Tambah-tambah telekung daripada Siti Khadijah ni memang cantik, berkualiti dan selesa sangat!

Buat anda yang berminat untuk dapatkan telekung Siti Khadijah, anda boleh layari laman web Siti Khadijah atau berkunjung ke butik SK berdekatan anda.

Written by: Ashley Tan


Previous post