Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

TERKINI: Prasekolah, TADIKA operasi 1 Julai

today15 June 2020

Background

Kerajaan pada 15 Jun 2020 telah membenarkan prasekolah dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun operasi mereka tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“SOP termasuk sewaktu pelajar datang dan pulang, mengenai cara mereka bermain dalam TADIKA, waktu makan semua lengkap, namun perincian SOP akan diumumkan Kementerian Pendidikan,”

Ismail Sabri berkata, pembukaan keseluruhan prasekolah dan TADIKA itu membabitkan 6,216 prasekolah di bawah kendalian Kementerian Pendidikan serta 7,887 swasta.

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *