Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

TERKINI: Rentas Negeri Untuk Urusan Nikah Dibenarkan

today2 June 2020

Background

Kerajaan pada 2 Jun 2020 telah bersetuju untuk membenarkan pasangan untuk merentas negeri bagi urusan nikah.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan majlis tersebut haruslah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuklah hanya 20 orang sahaja yang boleh menghadiri majlis terbabit.

Selain itu, beliau juga memesan kepada orang ramai agar mematuhi penjarakan sosial serta tidak bersentuhan sesama yang lain.

“Bolehlah kalau nak meneruskan upacara nikah ni,” ujarnya

Menerusi sidang media yang sama, beliau turut menyatakan bahawa jurufoto yang berhasrat untuk mengambil gambar pra perkahwinan dibenarkan kerana ia tidak melibatkan ramai orang.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *