Periksa Kenderaan Terlebih Dahulu
Dah nama pun balik kampung, jauh atau tidak sentiasa pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik untuk dipandu. Jangan risikokan keselamatan diri dan orang tersayang dengan sikap acuh tak acuh anda. Kalau boleh,buatlah pemeriksaan penuh agar pemanduan lebih yakin dan selamat.
Dapatkan Rehat Secukupnya
Sebelum ingin memulakan perjalanan yang panjang, tak kiralah pemandu ataupun penumpang, anda wajin dapatkan tidur dan rehat yang cukup. Walaubagaimanapun, jika letih dan mengantuk semasa dalam perjalanan, berhentilah di mana-mana tempat yang selamat.
Elakkan Berpatah Balik
Ini bukan mitos orang tua-tua ya, tapi bayangkanlah masa yang dah anda bazirkan untuk berpatah balik, lepastu mulalah nak memecut laju. Tak ke bahaya? Jadi pastikan semua barang penting yang nak dibawa ada sebelum mulakan perjalanan.
Rancang Perjalanan Dengan Teliti
Jadikan amalan untuk rancang perjalanan lebih awal. Ikuti cadangan yang dikeluarkan oleh pihak lebuhraya agar anda tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk. Boleh jika nak gunakan jalan alternatif, tapi pastikan jalan tersebut selamat untuk dilalui.
Sentiasa Tenang Dan Bersabar
Semua orang mesti tak sabar nak sampai ke destinasi yang dituju. Tapi ingat, jalan raya bukan kita sorang yang guna. Jika anda terlihat operasi Kenderaan Keselamatan oleh Perkhidmatan Infrastruktur Edgenta di Lebuhraya UtaraSelatan PLUS, sila beri kerjasama. Anda diminta untuk kekal tenang dan bersabar. Untuk pengetahuan anda,Kenderaan Keselamatan oleh Perkhidmatan Infrastruktur Edgenta di Lebuhraya UtaraSelatan PLUS digunakan untuk memastikan lebuh raya sentiasa selamat ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, tanpa membahayakan nyawa pengguna jalan raya serta warga kerja operasi. Ini bagi memastikan semua pihak dapat pulang dengan selamat ke pangkuan yang tersayang.
Jom tengok macam mana Kenderaan Keselamatan ini menjalankan tugasnya.
Cool kan?
Untuk maklumat lanjut , anda boleh layari www.safetyvehicle.com.my. Selamat pulang ke kampung dan hati-hati memandu !
Post comments (0)