Imbas untuk muat turun aplikasi

Videos

214 Results / Page 17 of 24

Geng Pagi Hot

Betul Ke Caprice Try Mira Filzah Ni?!

Fuyoo cayalah Caprice ni amik challenge Geng Pagi Hot ya. Tak main main dia call Mira Filzah tau and surprisingly Mira Filzah pun angkat! Betul ke Mira Filzah ada dekat area tempat Caprice ni? Amboi Caprice, Mira Filzah breakfast dengan siapa pun dia nak tahu, sabarlah dulu! Kalau korang nak apa reaction Caprice,jom tengok video penuh di Youtube Hot TV!

today12 September 2019

Jamming Hot

Takkan Terlerai – Ernie Zakri & Syamel

Pemenang Vokal Terbaik AJL32 menerusi lagu Aku Cinta, Ernie Zakri & Syamel kini kembali lagi dengan duet kedua mereka! Dengar cerita, lagu ni ambil persediaan selama setahun untuk cari lagu yang sesuai untuk mereka. Takkan Terlerai ini juga dapat positif feedback daripada para pendengar,lagi-lagi yang dah layan Jamming Hot dekat Youtube. Korang memang terbaik!

today5 September 2019

Geng Pagi Hot

Negaraku Bahasa Isyarat

Merdeka sangat besar erti untuk semua. sukar untuk dirungkai apa erti merdeka yang sebenar melainkan yang berada dalam fikiran; kita bebas dari penjajah. Negara kita memang sudah merdeka, tapi fikiran kita? Hari Kebangsaan adalah hari untuk diraikan buat semua rakyat Malaysia tanpa ada perbezaan warna kulit, kekurangan, kelebihan semuanya di bawah kibaran Jalur Gemilang. Cukup bermakna 31 Ogos buat kami pada tahun ini, GPH mengambil pendekatan untuk buat sesuatu yang […]

today28 August 2019

Jamming Hot

Hutang – Floor 88

Lagu ni boleh relate kan? Ada kes pasal ni ke? Rasanya ini adalah masalah sejagat kan? Sama yang berhutang atau pemiutang memang terasa lah. Kita patut ucap terima kasih kepada Floor 88 dengan munculnya lagu ini sekurang-kurangnya lagu ini adalah modal untuk kita kutip hutang, tak segan sangat kita nak mintak balik duit kita tu ye tak. Kali ni untuk versi jamming tentunya kami berikan eksklusif untuk anda. Sila layan […]

today19 August 2019

Jamming Hot

Sewindu – Tulus

Tulus - artis seberang yang semakin menempa nama di Malaysia kini siap menghangatkan sessi Jamming Hot menerusi lagu Sewindu yang membawa maksud lapan tahun dalam Bahasa Indonesia. Tahun 2019 merupakan tahun ke 8 Tulus berada dalam industri muzik, moga sukses terus ya.

today15 August 2019

Jamming Hot

Ragaman – Faizal Tahir

Ekslusif untuk kalian yang selalu follow Jamming Hot, kami dengan bangganya nak katakan versi Ragaman yang anda nak tengok ni adalah versi yang belum ada kat mana-mana lagi. Thank you Bapak Faizal Tahir persembahkan sesuatu yang sangat istimewa untuk kami. Enjoy ok dengan versi ni, moga-moga anda akan terus repeat untuk tengok dan dengar!

today15 August 2019

Yang Hangat

Hot FM – Big Malaysian Breakfast

Selain sukan yang menyatukan kita, makanan juga menggambarkan kebersamaan kita sebagai rakyat Malaysia. Ini realitinya membuktikan cantiknya tanah air kita. Bukankah merdeka itu wujud kerana kita bersatu? Kekalkan suasana sebegini ok di tanah air kita. Kami di Ripple Media; Flyfm, HotFM, OneFM, KoolFM, Thelaki, Lunaria, Dhia, Donna, Wakeke, Chapters juga Likely berbangga dengan pencapaian yang kita miliki hari ini walaupun ada pasang surutnya. Kalau kita boleh bersatu di meja makan, […]

today14 August 2019

Jamming Hot

Ratu – Faizal Tahir

Secara eksklusif di Jamming Hot, kami ada Faizal Tahir untuk anda. Terima kasih Faizal Tahir di atas kesudian untuk menjayakan sessi ni dan persembahkan lagu Ratu buat kita semua. Walaupun sudah buat keputusan untuk tidak ada album lagi selepas ini, tapi hey karya-karya Faizal Tahir akan selalu ada untuk kita. Min tak nak cakap banyak dah.. tapi nak korang enjoy dengan lagu ini khas untuk semua. Dan bila lagu ini […]

today13 August 2019

Jamming Hot

Sumpah – Naim Daniel

Lagu yang ditulis berdasarkan kisah benar percintaan Naim Daniel sebelum ini. Ye, ada pertikaian mengenai lagu Sumpah ini, tapi bukan itu yang ingin Min rungkaikan. Boleh baca kenyataan dari kedua belah pihak kalau mau sebab ada ceritanya. Tapi apa yang Min nak, korang layan la versi Jamming Hot ni, memang membuai perasaan pada setiap yang mendengarnya. Enjoy ya kawan-kawan.

today13 August 2019